Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Wednesday 25 June 2008

8 HARI LAGI ! PASTIKAN ANDA TURUN PADA 6 JULAI

KENYATAAN MEDIA PROTES

Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu :

6 Julai 2008 ( 6.7.08) Bersamaan Hari Ahad
Jam 9 Pagi
Bertempat Di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall), Selangor

Justeru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.

Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telahpun menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh negara.

Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat PROTES untuk memaklumatkan rakyat darihal isu berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara yang menatijahkan keadaan di mana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kelemahan pentadbiran yang ada.

Pidato penerangan ini akan disampaikan oleh Pemimpin-Pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin Badan-Badan NGO yang bergabung di dalam PROTES.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa PROTES sedang berusaha untuk membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara Himpunan Aman ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat kesan akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun 2008 yang lepas.

Sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, PROTES berpandangan bahawa Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila mana meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 yang lepas.

Tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas merupakan satu lagi taktik murahan untuk mereka memancing perhatian dan pemahaman rakyat kononnya di samping usaha memaksakan legitimasi palsu (tidak popular) ke atas tindakan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak.

PROTES melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen semata-mata meredahkan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri selepas beberapa MT UMNO sendiri mengesahkan bahawa kenaikan harga minyak tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam Mesyuarat MT UMNO mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Justeru, usul tersebut bukannya untuk kebaikan rakyat tetapi merupakan satu usaha paksa bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin BN sendiri kepada Abdullah Ahmad Badawi yang senantiasa konsisten untuk tidak konsisten dalam janji-janjinya.

Sehubungan dengan itu, PROTES menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.

Akhirnya, PROTES sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh Perlembagaan negara.


Sekretariat PROTES

26 Jun 2008, Khamis
Kuala Lumpur

Monday 23 June 2008

APA SUDAH JADI?

Yahya letak jawatan, hilang yakin pada Khalid
Harakahdaily Tue Jun 24, 08 3:03:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) -Pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shahri meletakkan jawatannya atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".
Malaysiakini melaporkan Yahya, yang mengirim surat peletakan jawatannya kepada bekas ketuanya itu petang semalam, juga melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan KeADILan Selangor.
Selain hilang keyakinan, menurut surat peletakan jawatannya, Yahya tidak menyebut sebab-sebab lain kecuali ia akan "dinyatakan kemudian."
Surat itu dikirim kepada pejabat menteri besar melalui faksimili kira-kira 3.45 petang semalam.
Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya - yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas - sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.
Abdul Khalid sebelum ini mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya bagi mengelakkan pegawainya itu "terperanjat."
Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan KeADILan Selangor.
Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ditemui selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.
Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.
Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa "beberapa tuntutan."
Yahya, seorang aktivis lama KeADILan, mendakwa beliau mendapat sokongan dan berpengaruh dalam kalangan 70 hingga 80 peratus bahagian di negeri itu.
Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak meluluskan sebarang projek atau tender, tetapi hanya memberikan surat sokongan.
Sementara itu di kediaman rasminya, Abdul Khalid memberikan taklimat isu ini kepada wakil-wakil rakyat PKR Selangor, termasuk ahli-ahli parlimen.
Bagaimanapun tidak semua ahli parlimen hadir kerana sesi Dewan Rakyat berakhir lewat bagi membahaskan usul kenaikan harga minyak hari ini.
Sehingga kini belum jelas butiran perbincangan mereka yang bermula kira-kira 8 malam hingga selepas tengah malam tadi - termasuk mereka yang hadir dalam pertemuan lebih awal di rumah Yahya.
Difahamkan pertemuan ini "panas" mengenai pelbagai isu pentadbiran kerajaan negeri, termasuk "10 peratus sahaja" isu berhubung penggantungan Yahya.
Abdul Khalid mendedahkan penglibatan bekas pegawai kanannya itu dalam isu tersebut, termasuk maklum balas yang beliau perolehi daripada siasatan awal BPR.
Pada 10 Jun lalu, badan itu memanggil Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.
Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.
Di sidang medianya semalam, menteri besar itu berkata jika tidak bersalah, pegawai kanan itu akan diambil semula bekerja.
"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.
Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar". - mks. _

PERATURAN BARU NAZRI AZIZ DI PARLIMEN - WARTAWAN RASA TERHINA

New ruling treats Press like pests, say journos: Reporters covering the on-going Dewan Rakyat session have decided to boycott the Parliament's lobby in protest of a new ruling that they say treats them like pests rather than press.
The lobby is where reporters station themselves, sometimes all day long, in order to catch MPs for comments and news. It's been a practice for decades. Effective this week, the whole lobby has been cordoned off (imagine a police crime scene, yellow tapes, barricades).
Reporters prohibited. Not allowed. No Entry. Main jauh-jauh. The reporters may enter the lobby area only between 1 and 2.30 in the afternoon. "If we want to catch an MP or Minister, we'd have to holler or jump up and down to catch his or her attention from outside the area.
How demeaning is that?," a fed-up journo told me this morning. Very insulting, indeed.
Nazri Aziz, the Minister in charge of Parliament, must withdraw immeditaely this latest stupid regulation of his. And also the earlier, equally ridiculous one limiting each newspaper to only 5 reporters covering Parliament at any one time.
The media in this country need to be liberated, not suppressed further. (But if Nazri is so keen to police the Press, he should lobby the PM to be the Editorial Adviser or the Group Editor in Chief of the NSTP. Heard the incumbents are leaving soon).
at 10:08 AM

Friday 20 June 2008

ROSLAN AZIZ MOHON MAAF

Wednesday, June 18, 2008
Assalamualaikum. ..Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya di dalam malaysia kini tempoh hari.Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.
Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.

Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA. ..saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu.

Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.


IKHLAS
Roslan Aziz@ Kampong Datok Keramat

Posted by roslan aziz productions at 4:54 PM

Thursday 19 June 2008

"HIKMAH BUKAN BERERTI LEMBUT. HIKMAH ITU LEMBUT DAN KERAS"- Nik Abduh


Saya diminta mengulas perihal apa yang teman - teman dalam Dewan Pemuda PAS Selangor telah lakukan sehingga berkocak juga ‘ketenangan’ yang tengah dinikmati dan diimpikan selalu dalam Pakatan Rakyat.

Soalan mereka kepada saya bukan banyak pun. Soalan biasa kepada seorang yang bergelar ustaz macam saya. Berhikmahkah cara itu? Ya, ada satu lagi soalan lain yang mungkin sekadar membayangkan keresahan bahawa ketenangan dalam Pakatan Rakyat itu mungkin tak akan bertahan lama. Bunyi soalan, bagaimana nak layan dan memahamkan mereka ( regu dalam PR )?

Saya jawab begini, hikmah itu cara melaksanakan hukum. Bincang dan fahami hukum dulu. Tuhan berkata, ” Serulah ( berdakwahlah ) kepada jalan tuhanMu dengan hikmah dan peringatan yang baik.”Allah menyuruh kita berdakwah. Wajib berdakwah. Dakwah itu adalah seruan kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar.

Tuhan berkata, ” Dan hendaklah ada ( wajib ) daripada kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar.”Kemudian Dia menyuruh lagi. Laksanakan hukum tersebut dengan cara berhikmah dan peringatan yang baik. Oleh kerana ia juga suruhan, maka cara itu pun jadi wajib.

Wajib berdakwah secara berhikmah. Justeru tak berdakwah adalah salah dan berdakwah secara tidak berhikmah adalah salah juga.Bila Dia menyuruh, maka suruhanNya adalah dengan al haq dan berhikmat. Bila Dia melarang, maka laranganNya adalah dengan al haq dan berhikmah juga. Dua - dua itu adalah demi maslahat hambaNya.

Apa itu kebaikan, makruf dan mungkar yang wajib didakwah kepada dan daripadanya itu? Mudah sahaja. Ada tersebut di dalam al Quran dan al Hadis. Jika tidak dinyata secara khusus dan jelas, cukuplah fitrah yang suci ( dengan iman ) mengenalinya.

Makruf ertinya dikenali kebaikannya oleh fitrah yang suci. Mungkar ertinya tidak dikenali dan diingkari kebaikannya oleh fitrah yang suci.Justeru kewajiban setiap muslim adalah memilih, menyeru dan menyuruh manusia kepada yang baik serta menolak dan melarang daripada yang yang tidak baik.Kemudian, apa itu secara hikmah dan peringatan yang baik?Ia soal kebijaksanaan. Ia soal menggunakan akal dan petunjuk akal.

Sebijak - bijak akal ialah akal Nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Sebab utamanya adalah kerana ia adalah akal yang ditunjuki wahyu dan dimaksumi daripada kesalahan.Maka hikmah yang pertama adalah dengan meniru dakwah cara Baginda. Susahkah diperolehi? Mudah sahaja.

Tiada perihal yang dihikayatkan di dunia ini melebihi hikayat Baginda dan sirah kehidupannya.Justeru jangan anda memahami hikmah itu bermaksud otak aku atau otak engkau! Cara aku dan cara engkau! Jikalah begitu, hancur luluhlah dakwah di jalan Allah.

Hikmah bermaksud cara dakwah seperti dakwah nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam. Cedok daripada sirah dan petunjuknya menggunakan akal anda yang diberi petunjuk.Jikalah cara berdakwah itu diserahkan kepada akal semata - mata, pasti akan saling bercakaranlah sesama kita, akan saling tuduh - menuduhlah sesama kita, akan saling lebih - melebihlah antara kita dan akan saling label - melabellah sesama kita tanpa petunjuk yang menunjuki.

Kita sudah ada nabi, keluarganya, para sahabatnya dan para ulama yang penuh bijaksana.Sekarang, saya bertanya anda, adakah jenis hiburan yang ditentang oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu samar - samar hukumnya? Saya yakin hukumnya jelas di sisi setiap muslim yang berpetunjuk dengan al Quran dan al Hadis dan yang fitrahnya suci juga. Ia adalah perkara mungkar. Hukumnya wajib ditegah.

Kemudian bagaimanakah cara menegahnya? Adakah cara menghantar memorandum bantahan itu berhikmah atau tidak? Kenakah ia dalam suasana semasa yang memerlukan pertimbangan paling baik?Saya tinggalkan anda di sini.

Bukan kerana tak berjawaban atau tak mahu memberikan anda jawaban. Saya hanya mahu tegaskan bahawa hikmah itu kesucian dalam petunjuk nabawy dan akal yang rasyid. Allah memberkati akal yang beriman kepadaNya.

Tetapi saya tidak mungkin meninggalkan mereka yang menolak, membangkang, meremehkan dan ‘menghukum’ tindakan DPP Selangor itu sebagai tidak berhikmah. Bagaimana mungkin saya membiarkan mereka begitu sahaja sehinggalah saya memperolehi jawaban yang saya perlukan demi cara dakwah yang yang ‘lebih betul’ daripada mereka.

Saya ingin bertanya mereka, dimanakah dalil yang digali daripada petunjuk ar Rasul bahawa cara DPP Selangor itu tidak berhikmah? Atau jika tiada, bagaimanakah hujahan akal yang rasyid yang begitu diberkati untuk menafikan dan menolak lilitan hikmah pada menghantar memorandum bantahan itu?

Anda hanya ada tiga, iaitu tangan, lidah dan hati dalam menentang kemungkaran. Pancarkan hikmah di tangan atau lidah anda melebihi hikmah di tangan dan lidah DPP Selangor.Jika anda berhikmah sekadar dengan hati, nyahlah anda daripada persada perjuangan. Perjuangan cukup memeritkan jika bersandar pada iman yang lemah. Ia bukan sekadar melemahkan, bahkan menyesatkan.

Sekadar berkongsi pengalaman, saya pernah menyertai demontrasi membantah majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu anjuran pegawai PTN Kelantan yang diseliti majlis nyanyian oleh seorang artis wanita popular kurang 10 tahun yang lepas. Ia dihadiri ratusan orang yang kebanyakannya adalah pemuda - pemuda Islam yang penuh semangat anti kemungkaran. Berlaku penangkapan dan saya sempat menyelit dicelah keramaian melarikan diri ( takut le ) selepas memberikan selibas ucapan ‘ganas’. Kejadian disiarkan sebagai tajuk utama sebuah akhbar perdana keesokannya.

Ayahanda adalah MB. Kami berdemontrasi menentang tindakan pegawai kerajaan yang ayahanda adalah ketuanya. Selepas pulang daripada ‘persembunyian’ beberapa hari kemudian, ayahanda menyapa, “Inilah kerja anak muda yang ayah suka.” Wow, aku dapat markah!

AlhamduliLlah, Pegawai PTN belajar banyak daripada tindakan berani kami dan kami belajar pula erti berhikmah dalam dakwah.

Hikmah bukan bererti lembut. Hikmah itu lembut dan keras.PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kerjanya bergerak dan menggerakkan ke arah keagungan Islam. Ia bergerak menyatukan umat Islam di dalam Islam.

Keagungan adalah dengan bersatu di dalam Islam. Kerja PAS adalah dakwah dan geraknya adalah gerak dakwah. Hikmah terbesar di dalam PAS adalah istiqamah. Ia tidak layu ketika rakan - rakannya layu. Ia bertahan ketika diasak dan ia bergerak ketika ruang diberi.

Yakini, selagi istiqamah pakaian PAS, hikmah adalah jahitannya.

Wednesday 18 June 2008

SIAPA YANG WAJIB UBAH GAYA HIDUP : MENTERI KABINET ATAU RAKYAT??

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, di Jabatan Perdana Menteri . Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi MENTERI PENUH Malaysia Termasuk KETUA-KETUA MENTERI

1. Gaji Pokok RM18,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00- tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00- tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00- tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-Lain Kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel,duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi TIMBALAN MENTERI

Gaji Pokok RM15,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment
Elaun Keraian RM9,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
Elaun Perumahan RM9,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00- tidak sulit
Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat di atas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.Pendapatan di atas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber

Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO di seluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik!

Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia ?! Ayuh Pak Lah, kami cabar anda untuk menyatakannya sendiri... Remember...Pak Lah pantang DICABAR!!!!





Tuesday 17 June 2008

BERSIAP HADAPI PILIHAN RAYA KECIL N.15 SANGLANG


Keputusan Mahkamah Tinngi Kangar menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu, Ustaz Hashim Jasin telah menyaksikan akhirnya kerusi tersebut diisytiharkan kosong yakni tiada pemenang dalam pemilihan PRU-12 yang lepas.

Justeru, tidak sukar bagi kita untuk memahami bahawa satu Pilihan Raya Kecil akan berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh terdekat ini...mungkin juga tika mana kita sibuk bermuktamar di Ipoh nanti.

Apapun, ayuh muslimat! Segera perkemaskan jentera untuk siap siaga bertempur di medan pilihan raya ini.


Ya Allah, pinjamkan kami kekuatan daripada Kekuatan-Mu!


Allahu Akbar!

SKANDAL HARGA MINYAK : LICIKNYA AMERIKA DALAM MENGUMPUL DANA PEPERANGAN MEREKA

ISFAHAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyatakan bahawa harga palsu berlaku di pasaran minyak kerana dunia sebenarnya mempunyai bekalan yang mencukupi.

"Peningkatan penggunaan adalah rendah berbanding peningkatan pengeluaran," kata Mahmoud kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di Isfahan, Iran.

"Pasaran dibekalkan dengan minyak yang mencukupi tetapi harga meningkat dan keadaan itu adalah sesuatu kepalsuan dan dilakukan oleh kuasa-kuasa dunia," tambahnya.

Iran merupakan anggota OPEC kedua yang paling banyak mengeluarkan minyak selepas Arab Saudi.

"Beberapa tangan, untuk tujuan politik dan ekonomi, sedang mengawal harga dalam satu bentuk perlakuan palsu," kata Mahmoud.

Menurutnya, tujuan kenaikan harga itu adalah untuk membiayai kos perang dan pendudukan serta meneroka sumber baru tenaga di dalam lautan di kutub termasuk di tempat lain.

Beliau juga kembali mencadangkan supaya satu mata wang baru boleh digunakan oleh anggota-anggota OPEC bagi menggantikan dolar AS.

"Simpanan mata wang anggota-anggota OPEC terjejas dengan teruk berikutan kejatuhan dolar AS," katanya.

"Saya sekali lagi menyuarakan cadangan yang saya lakukan enam bulan lalu dalam sidang kemuncak OPEC di Riyadh supaya sekumpulan mata wang berwibawa diwujudkan untuk perdagangan minyak," jelas beliau.

"Atau pilihan lain, OPEC mewujudkan satu mata wang baru untuk perdagangan," katanya.

Kelmarin, minyak mentah terus mencatatkan rekod dengan harga hampir mencecah hampir AS$140 (RM458) setong semalam walaupun Arab Saudi mengumumkan sedia meningkatkan pengeluaran.

Namun, harga itu menurun semalam apabila harga minyak mentah light sweet untuk Julai didagangkan pada harga AS$134.41 (RM436). - Agensi

KADAR KEMISKINAN SEBENAR MALAYSIA ADALAH 30% BUKANNYA 5.7% SEPERTI YANG DILAPOR OLEH KERAJAAN


Denison: Kadar kemiskinan M'sia 30%
Siti Nurul Zahra Hamdan Jun 17, 08 5:02pm (malaysiakini)


Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan, kata presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria.Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat.


Katanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah.Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup.


"Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin di negara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7 peratus (seperti yang diumumkan kerajaan)," katanya.Beliau berkata, cara pengiraan untuk mengukur garis kemiskinan yang digunakan sekarang hanya mengambil kira keperluan asas sahaja dan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.


"Seharusnya, ia perlu mengikut kaedah ukuran PGK seperti yang diamalkan di negara-negara maju, seperti Sweden dan Singapura," katanya, sambil menambah, kaedah yang digunakan di Malaysia sekarang tidak lagi bersesuaian dengan kedudukan negara ini yang semakin membangun.


Kiraan tidak tepat Dr Denison menambah, cara pengiraan yang diamalkan oleh negara-negara maju adalah purata pendapatan isi rumah dibahagi dua, bagi menentukan garis kemiskinan.Misalnya, kini purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686.


Menurut Dr Denison, ini bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, iaitu RM1,843.Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).


Pengiraan ini bagi keluarga seramai lima anggota.Dr Denison mahu kaedah pengiraan garis kemiskinan itu mengambil kira kualiti hidup rakyat kerana kaedah yang digunakan sekarang tidak menggambarkan taraf hidup isi rumah.


"Konsep pengiraan garis kemiskinan perlulah mengambil kira kualiti hidup sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya. "Bukan semata-mata melihat kepada keperluan asas sahaja," katanya.


Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar juga bersetuju supaya kaedah pengiraan garis kemiskinan, bukan lagi hanya berpandukan keperluan asas semata-mata.


"Keadaan ini tidak realistik apabila garis kemiskinan hanyalah berjumlah RM691 untuk keluarga yang mempunyai lima anggota. "Ini kerana jika kita lihat kos hidup di bandar-bandar kini tinggi, maka kadar ini tidaklah bersesuaian," katanya kepada Malaysiakini.



Menurutnya, kaedah pengiraan yang digunakan tidak mencerminkan keadaan sebenar berikutan bantuan yang disediakan kerajaan tidak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan kerana kadar kemiskinan yang rendah.

LAGI FAKTA BERKAITAN MINYAK

1 barrel (of petroleum) = 158.987 litres (of petroleum)

Daily Malaysian production (as mention by Petronas CEO, Tan Sri Merican on 17 June) = 700,000 barrel
if 200,000 barrel (exported) that equally to 31797400 litres! Means that????

If the world market price about USD 130 per barrel !
it will be 200,000 x USD 130 = USD 26,000,000 !!!? per daily?
So in a month USD 26 million x 30 days = USD 780 million !!!!!
So a year USD 780 million x 12 months = USD 9360 million ATAU USD 9.360 billion!!!
JANGAN LUPA PULAK YANG TUE DALAM DOLLAR….. jika dalam RM?
PENDAPATAN KASAR (HASIL EXPORT SAHAJA) DAH MENCECAH BERJUTA-JUTA USD SEHARI, NAK TAHU JUGAK BERAPAKAH KOSNYA SEHARI SUPAYA RAKYAT MALAYSIA DAPAT TAHU BERAPA UNTUNG PETRONAS SEHARI (UNTUK EKSPORT SAHAJA).
KESIMPULANNYA SESIAPA YANG BERADA DALAM INDUSTRI MINYAK NI MEMANG KAYA RAYA LAH!!!
dan rakyat Malaysia akan terus menjadi mangsa penipuan pihak berkuasa yang menguasai politik pentadbiran negara yang bersekongkol dengan golongan kapitalis pemodal konglomerat keparat!
ayuh! kita gegarkan bumi ini pada 5 Julai 2008 nanti.
Bangkit Bangkit Kuasa Rakyat!

Monday 16 June 2008

Iya, Dasar PAS Ialah ISLAM. Whats Wrong With That?

Kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. Azman Sapawi ( Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor )....sebenarnya ibarat air keramat yang dicurahkan ke atas bumi yang kering merekah. Lantas dedaunan yang kering kecoklatan itu bertukar menjadi rimbun kehijauan.

Saya sangat pasti, ramai anggota Gerakan Islam PAS ini berasa sangat bahagia dengan kejujuran, keberanian dan kesungguhan Pemuda PAS. Lantas saya teringat antara titipan bicara yang pernah di luahkan oleh Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd. Noor di dalam Muktamar Tahunan PAS di Kelantan yang terakhir dihadirinya, ketika mana mengulas pendirian tegas dan agak "keras" Pemuda terhadap beberapa figure kepemimpinan PAS yang dikatakan kurang "ummphh"....bahkan pada ketika itu Pemuda ditegur juga oleh beberapa tokoh kepimpinan di dalam PAS..

Namun ironinya almarhum menegaskan betapa beliau gembira dengan semangat,sikap dan keprihatinan Pemuda PAS. Bahkan beliau juga menegaskan di situ lah bezanya semangat seorang Pemuda dan semangat itu perlu dizahirkan. Bahkan almarhum menegaskan juga bahawa selagi adanya kritikan terhadap pemimpin dan halacara perjuangan parti maka SEBENARNYA selagi itulah Perjuangan PAS berada di landasan perjalanan yang betul!

Saya berada dalam Dewan Muktamar pada ketika itu. Dan saya sangat bersyukur Almarhum memberikan ulasan sedemikian rupa. Bagi saya, saya sangat jelas perbezaan frekuensi dan wavelenght jihad yang ada pada diri anak-anak muda. Dan perbezaan itulah yang akan senantiasa menyegarbugarkan perjuangan Islam ini. Mengimarahkannya. Memakmurkannya. Menyemarakkannya.

Tiada yang pelik dan tiada yang salah dengan kenyataan Sdr Azman. Bahkan ianya adalah manifestasi pertanggungjawaban kita semua, anggota gerakan ini dalam mengangkat martabat dan dasar perjuangan PAS sepertimana yang termaktub dalam Fasal 3, Perlembagaan PAS (Pindaan 2001).

Juga tiada apa yang patut kita malukan atau kesalkan dengan kenyataan Sdr. Azman ini. Justeru kerana PAS tidak pernah berselindung, menyembunyi, mengubah apatah lagi menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah dan insyaAllah tidak akan pernah! Itu komitmen kita anak-anak muda yang akan mewarisi perjuangan ini.

Masakan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak tahu itu?....Lantas bagi saya kenyataan Sdr. Lim Kit Siang bahawa : [ PAS Youth's proposal to implement an Islamic administrative system in Pakatan Rakyat states is totally unacceptable.(Cadangan Pemuda PAS untuk melaksanakan isitem pentadbiran Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak boleh diterima sama-sekali)] adalah satu kenyataan yang gopoh, tidak bijak dan tidak hormat. Beliau mesti belajar bagaimana memberikan reaksi yang spontan tetapi hormat kepada rakan gabungan. Apatah lagi bila menghadapi reaksi daripada anak-anak muda. Apa salah beliau bersikap seperti "orang tua" yang memahami?....

Masakan tangan dan kaki kita semahunya diikat; mulut dan mata kita sewenangnya ditutup agar tidak bisa berdiri dan menyatakan pendirian kita secara wajar?. Ketinggalankah beliau dalam menerima prinsip dan kaedah-kaedah kerjasama Pakatan Rakyat bahawa "kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara"? Dan ketidakbersetujuan kita itu mesti ditangani juga secara hormat. Bukannya dengan sikap ibarat meletak titik nokhtah pada satu ayat. No more discussion and no more negotiation!?

Bagi saya, kenyataan Azman adalah kemahuan semua penyokong dan pendokong PAS tidak kira apa pun agama, bangsa dan ideologinya. Kemahuan semua pihak yang mempercayai prinsip keadilan dan kebajikan di dalam pemerintahan Islam. Itu Pemuda PAS sekadar menyebutkan "dalam proses merangka agenda "...bukannya merampas hak "melaksanakan" yang dimiliki oleh setiap kerajaan negeri. Justeru mempolitikkan kenyataan itu sangat menampakkan ketidakwibawaan beliau dalam memimpin perbezaan.

Kita tidak pernah dan tidak akan pernah memaksakan Islam kepada rakan-rakan serta anggota masyarakat kita yang bukan Islam. Itu mesti difahami.

Tahniah dan syabas buat Azman Sapawi.
Semarakkan fatanah jihad. Allahu Akbar!

Wednesday 11 June 2008

Keluhuran Perlembagaan : Pertahankan Hak Berhimpun Rakyat


Saya masih menimbang-nimbang apakah motif sebenar tindakan pihak polis Bahagian Jenayah Perdagangan mengambil tindakan mengeluarkan saman untuk memberi keterangan kepada dua orang anggota Sekretariat BERSIH pada hari ini iaitu setelah lapan bulan berlalunya Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat Menuntut Pilihan Raya Bersih & ADIL pada 10 November 2007 yang lepas ?

Tidak cukupkah lagi dengan tindakan mereka mengambil tindakan yang sama ke atas lima orang Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH pada 15 November 2007 yang lepas iaitu Haji Mohamad Sabu, Sivarasa Rasiah, Ronnie Liu, Haji Anuar tahir dan DR. Syed Azman?

Apakah perlunya pihak polis terus mengheret dua orang anak muda ini iaitu Faisal Mustafa, 37 dan Medaline Chang, 36 untuk juga seolah diberi tekanan yang sama? Mereka sekadar dua orang anak muda yang prihatin dan mahukan sesuatu yang terbaik buat negara dan rakyatnya. Masakan itu mahu ditafsir sebagai jenayah?... Renung ke dalam mata-mata mereka. Tiada langsung terpancar sikap dan sifat penjenayah dalam diri mereka melainkan seribu satu macam harapan agar pihak polis dan pihak berkuasa mengerti akan perjuangan kami generasi muda ini.


Apatah lagi umum dan seluruh dunia mengetahui bahawa Himpunan 10 November 2007 tersebut telah bermula, berlangsung dan berakhir secara aman dan tertib. Pihak polis sendiri mengakuinya dan tersiar di kaca televisyen tempatan dan luar negara. kecuali di beberapa lokasi timbul sedikit ketegangan. Itupun berpunca daripada provokasi pihak polis sendiri terhadap para peserta himpunan.

Hak berhimpun secara aman itu merupakan sesuatu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 10 (1) (b). Apa salahnya kami anak muda mengambil tindakan bagi mempraktiskan jaminan perlembagaan ini? Mengapa harus kami dan kita semua yang bersetuju dengan Himpunan Aman dikekang pula dengan peruntukan-peruntukan songsang yang terkandung di dalam Akta Polis 1967?


Adakah pihak polis mahupun pihak berkuasa mahu menunjukkan bahawa mereka itu "beyond" daripada Perlembagaan Persekutuan sendiri? Atau barangkali pihak polis dan pihak berkuasalah sebenarnya yang bertindak MENCABAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN NEGARA yang kita cintai ini?


Pada saya,cukuplah tindakan-tindakan mengugut dan menakut-nakutkan rakyat ini. Jangan diteruskan lagi. Kami ini ibarat air..akan tetap terus mengalir....

Tuesday 10 June 2008

Rusia Kini Pengeluar Minyak Terbesar Dunia Atasi Arab Saudi

11/06/2008 1:02pm

PARIS 11 Jun – Rusia merupakan pengeluar minyak terbesar dunia dalam suku pertama 2008, menghasilkan 9.5 juta tong sehari, lebih tinggi daripada Arab Saudi yang mengeluarkan 9.2 juta tong sehari.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam satu laporan semalam meletakkan Amerika Syarikat sebagai pengeluar minyak ketiga terbesar dengan 5.1 juta tong sehari, diikuti Iran dengan 4.0 juta tong. China berada di tempat kelima dengan pengeluaran 3.8 juta tong sehari. - AFP
Sumber : Utusan Online : 11 Jun 2008

Arab Saudi Panggil Mesyuarat Bincang Isu Harga Minyak 22 Jun Ini

11/06/2008 1:03pm

PARIS 11 Jun – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah mesyuarat pengeluar dan pengguna minyak yang akan diadakan pada 22 Jun ini.
“Ia akan diadakan di Jeddah pada 22 Jun,” kata Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Abdalla El-Badri, sambil menambah, negara pengguna, Agensi Tenaga Antarabangsa dan ketua-ketua bank pelaburan seperti Morgan Stanley dan Goldman Sachs turut dijemput.
Mesyuarat yang diminta oleh Arab Saudi pada hari Isnin lalu itu akan turut dihadiri oleh Amerika Syarikat. – AFP
Sumber : Utusan Online 11 Jun 2008

Perbandingan Harga Minyak Dunia


Jom Tunjukkan Solidariti Kita Kepada Dua Anggota Sekretariat BERSIH Yang Dipanggil Memberi Keterangan Pada 12 Jun 2008, Khamis, Jam 10.00 Pagi

Saya menerima mesej hari ini pada jam 11.14 pagi daripada seorang kawan, Medaline Chang yang merupakan Sekretariat BERSIH iaitu Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih Dan Adil. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau dan Sdr. Faisal Mustaffa (yang juga Sekretariat BERSIH) telah menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Perdagangan kerana mereka disaman untuk memberi keterangan. Dipercayai ianya berkaitan dengan Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat yang dianjurkan BERSIH pada 10 November 2007 yang lepas.



Sebagai tanda solidariti dan sokongan kita kepada mereka berdua, saya ingin menyeru kepada teman-teman aktivis, reformis dan rakyat Malaysia yang prihatin agar hadir beramai-ramai di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur (Belakang Bank Negara Malaysia) pada 12 Jun 2008, Khamis, Jam 10.00 pagi.


Luangkanlah masa bersama kami meneruskan perjuangan bagi menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil. Hidup perjuangan rakyat! Allahu Akbar!!

Monday 9 June 2008

Vigil 7 Jun 2008 Kem Tahanan Kamunting : Himpunan Terbesar Gabungan Membantah I.S.A


Seperti yang telah dirancang oleh kami akhirnya pada malam 7 Jun 2008, berkumpullah para aktivis dan reformis di bumi Kamunting. Ada yang berarak sejauh 4 kilometer. Saya dan kumpulan pula berarak lebih kurang 1 kilometer. Semuanya menuju ke satu arah yang sama iaitu hadapan pintu penjara di Kem Tahanan Kamunting. Ternyata percubaan pihak polis untuk menyekat kehadiran para peserta di setiap jalan masuk Kamunting tetap tidak berjaya menahan lebih seribu orang peserta daripada bolos dan akhirnya berarak sambil memegang lilin masing-masing sebagai simbol perjuangan membawa cahaya kepada kehidupan yang gelita lantaran ketidakadilan pihak penguasa.




Dalam meredah kegelapan malam bertemankan cahaya lilin, saya terserempak dengan Komrad Arul, Letchimi dan rakan-rakan NGO-JERIT yang lain. Sememangnyalah, dalam setiap pertemuan kami di jalan-jalan raya bagi memperjuangkan kebajikan rakyat kami akan kelihatan sangat gembira bila mengetahui kehadiran antara satu sama lain. Pada malam itu, saya terkesan dengan kata-kata Arul : "Athirah dan kawan-kawannya dah sampai maka kita sudah lengkap." Saya hanya mampu tersenyum sambil cuba menyelami maksud mendalam Arul yang sangat saya hormati lantaran ketekunan dan iltizamnya membantu rakyat tertindas tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik masing-masing.



Dalam perjalanan menghampiri Kem Kamunting saya seterusnya bertembung dengan kumpulan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Perak yang dipimpin oleh Naib ketua DMPN Perak, Puan Amizan Baharuddin dan juga Mantan Ketua DMPN Perak iaitu Ustazah Naqibah No'ma (atau lebih mesra dipanggil Mak Su Naqibah) , anak kepada ulama tersohor PAS iaitu Almarhum Ustaz Abu Bakr Al Bakir. Tak tergambar kegembiraan di hati saya melihat betapa semangat solidariti yang ditunjukkan para Muslimat PAS kepada Himpunan tersebut. Kelihatan mereka begitu gah sekali. Masih terbayang bilamana Mak Su mengangkat tangan kanannya sambil menggenggam jari dengan melaungkan takbir yang mulia.


Bagi saya himpunan pada malam itu sangat berjaya walaupun saya difahamkan masih ramai juga peserta yang tak dapat sampai akibat sekatan pihak berkuasa polis. Bahkan saya turut difahamkan itu adalah perhimpunan paling besar yang pernah berlaku bagi membantah akta rimba - drakonian I.S.A.

Dan ternyata luahan rasa dua orang isteri kepada mangsa tahanan ISA pada malam itu menggamit empati dan simpati kami. Ada yang mengalirkan air mata. Tidak kurang yang mengecam pihak berkuasa dzalim Regim Abdullah Ahmad Badawi.



Sehinggakan malam yang gerimis - renyai itu tidak langsung mematahkan semangat para peserta himpunan. Laungan demi laungan, slogan demi slogan berkumandang. Sehinggalah pihak polis mengarahkan pihak kami berhenti berucap dan seterusnya mengarahkan agar bersurai. Kerana yakin mesej kami telah sampai kepada rakyat di bumi Kamunting, Taiping Perak dan juga pihak penguasa dzalim, dan kerana mematuhi undang-undang kami secara tertibnya bersurai sambil menyanyikan lagu rakyat berkaitan kedzaliman Pak Lah, kroni dan konco-konconya.



Apa pun, perjuangan membantah ISA tidak akan terhenti di situ dan percayalah kita bakal ketemu lagi.Syabas kepada para aktivis dan reformis. Saya sudah membilang. Saya sudah mengenang wajah-wajah kalian. Justeru, saya cukup percaya kebangkitan rakyat Malaysia akan terus subur dan luhur. Hidup perjuangan rakyat! Allahu Akbar!





Thursday 5 June 2008

HIMPUNAN AMAN SERATUS RIBU RAKYAT MEMPROTES KENAIKAN HARGA MINYAK, 12 JULAI 2008, SABTU, 3 PETANG, KLCC

Selepas Ketua Pemerintah (baca”Penjajah”) Regim Barisan Nasional mengumumkan kenaikan DRASTIK harga bahan bakar pada 4 Jun 2008, saya dan beberapa orang penggerak/ aktivis PROTES telah menerima bertalu-talu panggilan telefon dan mesej dari seluruh negara yang menyatakan ketidakpuasan hati dan kemarahan mereka ke atas tindakan tidak berperikemanusiaan Kerajaan Tiga Beranak itu.

Seingat saya kesibukan panggilan telefon dan sms itu berlaku sehingga jam 1.45 pagi. Aktivis yang juga penulis, Amin Iskandar tidak terkecuali meminta agar pertemuan segera PROTES diadakan. Rakan lokap saya ketika ditahan 3 hari dua malam di Penjara Pudu gara-gara Himpunan Aman PROTES yang dijadual diadakan pada 26 Januari 2008, iaitu Sdri. Narsheeta juga menghubungi saya meminta agar PROTES bertindak.

Justeru, selepas perbincangan ringkas bersama YB. Dr Mohd. Hatta dan Komrad Arul, PROTES telah segera menetapkan Mesyuarat Tergemparnya pada 5 Jun 2008, Khamis, jam 11.00 pagi bertempat di Ibu pejabat PAS yang kemudiannya disusuli dengan Sidang Media PROTES Berhubung kenaikan Drastik Harga Bahan Bakar.

Kehadiran wakil-wakil NGO’s dan parti-parti politik pada hari itu meyakinkan saya bahawa isu ini sangat mendapat tempat di hati dan minda rakyat tanpa mengira kaum dan ideologi politik kepartaian. Kita protes bukan kerana ideologi politik kita berbeza dengan pemerintah. Tapi kita PROTES kerana prihatin dan mengasihani rakyat yang sudahpun derita dengan kenaikan RM0.30 pada 28 Februari 2006 yang lepas.

Beberapa Pendirian PROTES ...

1. Kenaikan drastik ini sangat membebankan rakyat dan menjejaskan masa depan negara.
2. Kenaikan drastik ini dibuat ketikamana kerajaan tidak pun bersedia melaksanakan polisi-polisi yang membantu rakyat terlebih dahulu seperti pelaksanaan Dasar Gaji Minima misalnya bagi menyediakan rakyat berdepan dengan kenaikan tersebut.
3. Kerajaan membodoh-bodohkan rakyat dengan penggunaan pelbagai angka yang sangat boleh dipersoalkan. PROTES mahu ianya dibahaskan di Parlimen.
4. Perbandingan harga bahan bakar di Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura dan Thailand adalah tidak wajar kerana mereka bukan negara pengeluar minyak seperti Malaysia. Perbandingan mesti dibuat dengan negara-negara pengeluar minyak. Relatif dan realitinya, harga minyak di Malaysia adalah sangat tinggi.
5. Rebat yang dijanjikan kepada rakyat iaitu RM 625.00 kepada pengguna kereta 2000 cc ke bawah dan RM 150.00 kepada pengguna motor 250 cc ke bawah adalah bertujuan ”menggula-gulakan” rakyat. Ianya adalah umpan pemerintah sepertimana RM 50.00 untuk seorang pengundi agar mengundi BN dalam pilihan raya.
6. Kerajaan lebih prihatin dengan kemarahan rakyat asing yang tidak dibenarkan membeli minyak di sempadan Malaysia (sekarang sudah ditarik balik selepas kenaikan harga bahan bakar) berbanding kemarahan rakyat yang terpaksa menanggung bencana daripada sikap kerajaan yang ibarat ”kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan”!
7. PROTES komited menuntut harga minyak diturunkan kepada yang asal sebelum naik pada 4 Jun 2008.
8. PROTES akan meminta Kerajaan Pakatan Rakyat komited dengan manifesto PRU12nya iaitu menurunkan harga bahan bakar ke harga asal sebelum dinaikkan RM 0.30 sen pada 28 Februari 2006 yang lepas.
9. Alasan penjimatan RM 13.7 bilion selepas kenaikan baru-baru ini dan kononnya untuk diagihkan kepada tujuan-tujuan lain juga sangat boleh dipersoalkan. Pengalaman kita daripada janji kenaikan RM0.30 yang lepas yang kononnya untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam adalah indah khabar daripada rupa. Kesan penjimatan RM 4.4 bilion pada kenaikan 28 Februari 2006 masih tidak dapat dirasa apatah lagi dilihat oleh rakyat!
10. Minyak kita jadi macam pelampung ekonomi negara. Bila air naik, pelampung akan naik. Justeru bila harga minyak naik, keuntungan kita juga naik. Keuntungan itu (Petronas) kita mahu disalur dan dikongsi faedahnya dengan rakyat! Rakyat Malaysia lebih suka berkongsi keuntungan Petronas daripada melihat berbilion-bilion ringgit dibazirkan dengan projek mega mewah atau penyalahgunaan kuasa yang pastinya tidak memberi kebaikan kepada rakyat.
11. PROTES melihat jika ”kegilaan” pemerintah ini tidak dibendung, rakyat akan sekali lagi berhadapan dengan kenaikan harga minyak pada bulan Ogos 2008 bagi melengkapkan nawaitu (niat) kerajaan untuk menghapuskan terus subsidi minyak kepada rakyat!

Berikut pula merupakan beberapa keputusan penting yang disepakati oleh PROTES dalam usaha menghadapi dan menangani tindakan tidak bertanggungjawab ini....

1. Rakyat mesti disedarkan untuk mengambil inisiatif bersama bagi mengadakan Protes Rakyat/ Protes Massa di seluruh negara mulai 5 Jun 2008 bagi membuktikan kepada pemerintah bahawa kenaikan itu sangat membebankan. (Sila e-mailkan atau sms kan maklumat program kepada Sekretariat PROTES di alamat : protes2008@gmail.com atau 016-926 4830 bagi tujuan rekod dan penghebahan sekiranya perlu).

2. PROTES akan menganjurkan satu Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat MemPROTES Kenaikan Harga Minyak pada 12 Julai 2008, Sabtu, Jam 3.00 Petang bertempat di KLCC. (Buktikan rakyat penentu masa depan pemerintah)

3. Untuk persiapan itu, ROAD SHOW PROTES akan diadakan di seluruh negara bermula dengan Majlis Pelancarannya di Seremban, Negeri Sembilan pada 14 Jun 2008, jam 2.00 petang. (Maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa).

4. Lima minggu PROTES beri tempoh harga minyak diturunkan semula ke paras asal....

Harapan PROTES…..

Kita hanya mahukan sebuah negara yang Selamat, Aman dan Makmur dalam erti kata SEBENAR. Ianya hanya boleh direalisasikan oleh Kerajaan yang Beramanah, Adil, Bersih dan Berkebajikan! Hidup perjuangan rakyat! Allahu Akbar!

*maklumat lanjut juga layari http://www.protes2008.blogspot.com/

SOLIDARITI MUSLIMAT PAS KEPADA MANGSA-MANGSA ISA

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi ini saya menerima panggilan daripada seorang sahabat yang senantiasa cekal,tabah, sabar, berani dan tak kenal erti putus asa mahupun penat lelah; Puan Norlaila Othman (Salah seorang isteri mangsa tahanan ISA paling lama). Namun pagi tadi agak berbeza. Suaranya kedengaran sedih. Beliau mahukan kepastian sama ada saya sendiri akan berada di Kem Tahanan Kamunting esok malam, 7 Jun 2008...
Selasa, 3 Jun 2008 yang baru lepas sebenarnya saya telah berbincang dengan beliau berkaitan hal yang sama. Sejurus selepas perbincangan itu saya telah meminta pihak Sekretariat DMPP untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan acara pada malam 7 Jun 2008 itu. Saya pasti malam itu bakal melakar sejarah dalam perjuangan menuntut hak asasi manusia ke atas mangsa-mangsa tahanan tanpa bicara, I.S.A!

Saya sendiri juga telah menghantar mesej kepada sahabat-sahabat sejawatan saya di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Saya mohon agar Muslimat PAS dapat digerakkan bagi menunjukkan semangat solidariti kepada ahli keluarga mangsa, hatta para tahanan ISA sendiri. Saya percaya acara 8 malam, 7 Jun 2008 esok nanti bukanlah acara sampingan kita yang bersatu dalam Gabungan Membantah ISA (GMI). Ianya adalah acara besar yang menuntut penglibatan semua warga manusia yang prihatin.

Justeru, tenang saya katakan kepada beliau... Esok petang, 7 Jun 2008 saya sudah punya satu program yang ditekadbulatkan. Iaitu bersama teman-teman aktivis dan reformis untuk menyalakan lilin pengharapan di hadapan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA), Perak. Itu komitmen saya dan sahabat-sahabat Muslimat PAS. Beliau menjerit kegembiraan. Saya dapat membayangkan riak wajahnya. Kegembiraan beliau itu membuatkan air mata saya bergenang di kelopak mata..

Justeru saudara, Ayuh! Bersama-sama kami menuju ke satu arah..Kem Tahanan Kamunting... Meskipun langkah perjuangan kita cuba dihambat oleh pihak pemerintah (baca "penjajah") dengan kenaikan menggila harga minyak, jangan sesekali berpaling daripada membantu saudara-saudara kita yang dikurung tanpa bicara. Akta rimba ini akan terus menjalari kehidupan moderate kita selagi dibiarkan terus bermaharaja lela...

Saya akan membilang dan mengenang wajah-wajah yang akan saya temui malam esok....



Monday 2 June 2008

Enam Hari Yang "Diam"

Enam hari saya diuji dengan hilangnya nikmat kesihatan. (Sebenarnya setelah sakit selama lebih 3 bulan). Untuk terus “diam” berada di dalam rumah bagi tempoh tersebut sememangnyalah bukan suatu tempoh yang singkat kepada orang seperti saya. Dalam tempoh itu, saya hanya melihat dunia luar dari kaca televisyen, dengan menonton semua rancangan berita dan membaca beberapa bahan semasa.

AlhamduliLlah saya juga masih boleh melayari laman-laman internet menerusi telefon bimbit. Dan hampir kesemua isu-isu semasa termasuklah yang hangat dibahaskan di parlimen, mampu terus saya ikuti, walau barangkali dengan kemampuan fokus yang berbeza lantaran upaya kesihatan yang berbeza.

Seorang sahabat yang juga saya anggap sebagai kakak iaitu Hajjah Atiah Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor secara tidak sengaja mengetahui keadaan saya. Begitu juga sahabat saya yang juga bekas Ameerah saya ketika berada di kampus, DR. Ida Idayu. Kedua-duanya menghantar doa yang semulusnya. Saya tahu ramai sahabat yang mukhlis juga turut mendoakan…. Mudah-mudahan doa yang semulusnya dikembalikan Allah kepada mereka…

Helaian hari yang panjang itu menyebabkan saya tekad untuk Isnin kelmarin,kembali memasuki pejabat walau bagaimanapun keadaan saya. AlhamduliLlah. Kelmarin dan hari ini saya berada di sini,di bilik pejabat saya untuk meneruskan kerja-kerja yang “menggeletek”, menunggu sentuhan saya.

Justeru, saya faham blog yang baru muncul ini sudah agak kering…tiada semaian air daripada bait kata-kata dan perkataan. Juga kehilangan ulasan. Bagi sahabat-sahabat, teman-teman dan kawan-kawan yang menjadikan blog ini sebagai salah satu blog yang akan dibuka pada setiap hari,percayalah pena perjuangan itu tidak terhenti dalam tempoh 6 hari yang uzlah. Cuma,nantikan sahaja. Jemari ini masih bertatih menghimpun segala kekuatan untuk memastikan saudara dan saudari semua boleh membaca ulasan dan pandangan saya….kerana hakikatnya baju kurung sekolah itu TIDAK PANAS walau YB. Lembah Pantai berpandangan begitu. Dan cadangan PKPIM TIDAK SIMPLISTIK DAN TIDAK KURANG EFEFKTIF walau Wanita JIM merumuskan begitu… kita akan bicara…..